KELAS E-PEMBELAJARAN PELAJAR 4 HINGGA 6 TAHUN 2.0

Selasa Hingga Khamis, 19 Hingga 21 Disember yang lepas telah diadakan kelas E-Pembelajaran pelajar 4 hingga 6 tahun bagi matapelajaran Matematik, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris di Pusat Ekonomi Digital Kg. Permatang Sepam, Benut.

KELAS MEMBUAT RESUME

Tarikh    : 06/01/2018
Masa : 9.30 pagi - 12.30 tengah hari
Lokasi : Bilik Latihan PEDi Kg Permatang Sepam
Peserta : 3 orang

 

Sabtu, 6 Januari yang lepas Pusat Ekonomi Digital Kg. Permatang Sepam, Benut telah mengadakan kelas membuat resume bersama pelajar sekolah menengah. Antara aplikasi yang digunakan adalah daripada https://www.canva.com kerana lebih menarik dan kreatif. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada para pelajar membuat resume untuk memohon pekerjaan selepas alam persekolahan.

PENYAMPAIAN HADIAH PEMENANG PERTANDINGAN DASHBOARD KOMUNITI 2017 : MYPLACE

Tarikh    : 20/01/2018
Masa : 9.30 pagi - 12.30 tengah hari
Lokasi : Bilik Latihan PEDi Kg Permatang Sepam
Peserta : 10 orang

 

Jumaat, 20 Januari Pusat Ekonomi Digital Kg. Permatang Sepam, Benut telah mengadakan Penyampaian Hadiah Pemenang Pertandingan Dashboard Komuniti 2017 untuk Modul My Place.

Seramai lapan (8) orang telah memenangi pertandingan ini. Hadiah yang telah dimenangi adalah merupakan barangan elektrik.

MyPlaceJan2018 2 MyPlaceJan2018 5

Gambar lagi >>

KELAS ASAS TEKNOLOGI MAKLUMAT:MODUL EMEL

Tarikh    : 16/01/2018
Masa : 9.30 pagi - 12.30 tengah hari
Lokasi : Bilik Latihan PEDi Kg Permatang Sepam
Peserta : 2 orang

 

Selasa, 16 Januari Pusat Ekonomi Digital Kg. Permatang Sepam, Benut telah mengadakan Kelas Asas Teknologi Maklumat bersama komuniti wanita. Kelas yang dipelajari pada hari itu adalah Modul Emel dari Google Chrome. Seramai 5 orang perserta telah menyertai program ini dan kelas berakhir pada jam 12.30 tengahhari.

Lagi Gambar>>

KELAS DASHBOARD KOMUNITI PENGGUNAAN MODUL MY PLACE

Tarikh    : 20/01/2018
Masa : 9.30 pagi - 12.30 tengah hari
Lokasi : Bilik Latihan PEDi Kg Permatang Sepam
Peserta : 10 orang

 

Jumaat, 20 Januari 2018 beberapa orang pelajar berusia antara 9 tahun hingga 12 tahun telah mengikuti Kelas My Place. Sepanjangan kelas tersebut pelajar diajar cara untuk mengisi maklumat di ruang My Place dan upload gambar dalam Dashboard Komuniti.

Antara aktiviti yang dilakukan adalah seperti carian tempat menarik di sekitar kawasan setempat menggunakan Google Maps.

MyPlaceJan2018 1 MyPlaceJan2018 12

 

Gambar lagi >>