JOM JPJ JOHOR BERSAMAMU

Ahad, 26 November yang lepas telah diadakan satu aktiviti di Kg. Permatang Sepam iaitu Jom JPJ Johor Bersamamu yang diadakan di Dewan Terbuka Kg.Permatang Sepam, Benut. Pelbagai kaunter dibuka dan aktiviti yang diadakan pada hari tersebut untuk komuniti setempat antaranya kaunter perbaharukan lesen kenderaan, perbaharukan insurans kenderaan, kaunter pertanyaan JPJ, kaunter Pusat Memandu Long Life, Pontian, kaunter bank RHB Berhad, dan sebagainya. Majlis berakhir pada jam 5.00 petang dan diakhiri dengan sedkit jamuan kecil untuk para tetamu yang hadir pada hari tersebut.

Lagi gambar>>

PROGRAM KASIHI PEKEBUN KECIL RISDA PERINGKAT DAERAH PONTIAN

Ahad, 12 November yang lepas telah diadakan Program Kasihi Pekebun Kecil RISDA Peringkat Daerah Pontian anjuran Pejabat RISDA Daerah Pontian. Antara aktiviti yang dijalankan adalah pertandingan memancing, pertandingan gubahan tuala dan pertandingan memasak nasi goreng. Program yang bermula pada jam 8 pagi itu berakhir jam 1 tengahhari.

Lagi Gambar>>

PROGRAM KOSPEN KG.BUMBUN, SEGAMAT JOHOR

Ahad, 29 Oktober yang lepas JKKK KOSPEN kampung telah menyertai rombongan lawatan sambil belajar ke Segamat,Johor. Program yang diadakan selama 1 hari ini adalah anjuran KOSPEN Kg.Bumbun dan NGO yang terlibat telah dirasmikan oleh Menteri Kesihatan, YB Datuk Seri Dr.S.Subramaniam.

 

Lagi Gambar>>

PROGRAM MINI KARNIVAL KOSPEN 2017

Khamis, 9 November telah diadakan sebuah program iaitu Program Mini Karnival KOSPEN 2017 di Kampung Parit Puteri Menangis, Benut. Pelbagai aktivi telah diadakan sepanjang karnival tersebut berlansgung antaranya senam aerobik, pameran dan aktiviti jualan. Selain itu, pihak penganjur juga telah mengiktiraf AJK KOSPEN dengan memberikan individu tersebut Anugerah Khidmat Cemerlang sepanjang tahun 2017 ini. Majlis berkahir pada jam 1.00 tengahhari.

Lagi Gambar>>

 

HARI SUKAN NEGARA 2017

Sabtu, 13 Oktober yang lepas telah diadakan Hari Sukan Negara bagi tahun 2017 ini. Bagi penduduk Kg. permatang Sepam mereka juga tidak ketinggalan untuk menyambut hari sukan tersebut. Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan antaranya larian rentas desa, senam aerobik, gubahan tuala, pertandingan badminton dan sebagainya. Majlis yang telah dirasmikan oleh Y.B Ahmad Bin Maslan menambah lagi kemeriahan suasana pada hari tersebut.

 

Lagi Gambar>>