SAMBUTAN MAJLIS JAMUAN RAYA KG.PERMATANG PALAS,BENUT

Jumaat, 14 Julai Kampung Permatang Palas telah mengadakan sambutan Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri di kampung mereka. Sambutan yang bermula pada jam 2.30 petang itu berakhir pada jam 5.00 petang.Tujuan diadakan majlis itu adalah untuk mengeratkan hubungan silaturrahim sesama penduduk kampung dan memanjangkan budaya rumah terbuka yang sering diadakan setiap tahun.

Lagi Gambar>>

AGIHAN BUBUR LAMBUK RAMADHAN

Jumaat, 16 Jun telah berlansungnya suatu program iaitu Agihan Bubur lambuk Ramadhan di Kg.Permatang Duku,Benut. Program anjuran Parlimen Pontian & Wanita UMNO Pontian serta JKKK KG.Permatang Duku ini teleh dirasmikan oleh Datuk Ahmad Bin Maslan dan pada hari tersebut beliau sendiri yang mengagihkan kepada warga kampung yang lalu di sekitar kawasan kampung itu.

Lagi Gambar>>

MAJLIS MESYUARAT JKKK KAMPUNG PERMATANG SEPAM

22 Februari yang lepas telah diadakan satu majlis iaitu Mesyuarat JKK Kg Permatang Sepam 2017 yang bertempat di Balai Raya Kampung Permatang Sepam, Benut.Antara isu yang dibincangkan adalah mengenai hal-hal kampung, aktiviti sepanjang tahun, dan aktiviti yang akan dilakukan di Pusat Internet 1Malaysia. Selain itu Puan Aifaa sempat membuat promosi berkenaan Dashboard Komuniti kepada Ahli Jawatankuasa Kampung.Majlis yang dimulakan padaj am 2.00 petang berakhir pada jam 5 petang dan sedikit jamuan minum petang untuk tetamu.

Lagi Gambar>>

MAJLIS TADARUS AL-QURAN KG PERMATANG SEPAM

Sabtu,17 Jun yang lepas Masjid Kg. Permatang Sepam telah mengadakan Majlis Tadarus Al-Quran Pemuda bersempena Bulan Ramadhan Al-Mubarakh ini. Disamping itu,terdapat juga aktiviti seperti pemberian sumbangan kepada golongan yang memerlukan dan majlis jamuan berbuka puasa telah diadakan.

Lagi Gambar>>

MAJLIS PERASMIAN DEWAN TERBUKA KG.PERMATANG SEPAM

4 Mac telah berlangsungnya Majlis Perasmian Dewan Terbuka Kampung Permatang Sepam,Benut.Perasmian ini telah dilancarkan oleh YB.Hj.Ahmad Bin Hj.Maslan disaksikan oleh penduduk kampung. Majlis yang bermula pada jam 2.00 petang diakhiri pada jam 3.00 petang dan sedikit jamuan minum petang telah disediakan.

  
 

Lagi Gambar>>