SUKANEKA MERDEKA 2018

Tarikh    : 31/08/2018
Masa : 9.30 pagi - 12.00 tengahhari
Lokasi : Dewan Terbuka Kg. Permatang Sepam ,Benut, Pontian, Johor 
Peserta : 30 orang 

 

Jumaat, 31 Ogos yang lepas Tabika Kemas, Kg. Permatang Sepam, Benut telah mengadakan acara sukaneka bagi menyambut bulan kemerdekaan pada tahun ini. Sebelum acara sukaneka dimulakan para pelajar dan ibu bapa telah membuat perarakkan kemerdekaan setelah itu baru acara yang seterusnya dimulakan. Antara aktiviti sukaneka yang dibuat adalah isi air dalam botol, tiup belon sampai pecah, kira gula-gula dalam tepung dan sebagainya. 

 

Lagi Gambar>>

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI KG. PERMATANG SEPAM

Tarikh    : 11/07/2018
Masa : 8.00 malam HINGGA 12.00 malam
Lokasi : Dewan Terbuka Kg. Permatang Sepam, Benut 
Peserta : 100 orang 

 

Rabu, 11 Julai yang lalu Kg. Permatang Sepam telah mengadakan jamuan Hari Raya Aidilfitri bagi penduduk kampung. Tujuan sambutan ini diadakan adalah bagi mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesama penduduk kampung.Majlis yang diadakan pada sebelah malam ini disambut dengan penuh kemeriahan, dan antara menu yang disediakan adalah ketupat, lauk-pauk, burasak dan ayam golek. Majlis berakhir pada jam 12.00 tengah malam.

 

Lagi Gambar>>

KENDURI SEKAMPUNG MUAFAKAT JOHOR

Sabtu, 21 April yang lalu telah diadakan Kenduri Sekampung Muafakat Johor yang diadakan di Sekolah Agama Seri Jaya, Kg Permatang Sepam. Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Ir. Haji Hasni Bin Haji Mohammad dan mendapat sambutan yang sangat meriah oleh komuniti setempat. Pelbagai aktiviti seperti pemeriksaan kesihatan, ceramah agama dan sebagainya telah diadakan. Majlis berakhir dengan sedikit jamuan yang disediakan oleh warga kampung. http://www.sinarharian.com.my/edisi/johor/kenduri-sekampung-muafakat-johor-meriah-1.825003

Lagi Gambar>>

MAJLIS YASSIN DAN TAHLIL PERDANA

Khamis, 3 Mei yang lepas warga Kampung Permatang Sepam telah mengadakan Majlis Yassin Dan Tahlil di Masjid Kg. Permatang Sepam. Tujuan diadakan majlis ini adalah untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara penduduk kampung.

Lagi Gambar>>

SAMBUTAN MAULIDURRASUL DI SEK. AGAMA KG. PERMATANG SEPAM

Selasa, 19 Disember telah diadakan Sambutan Maulidurrasul di Sek. Agama Kg. Permatang Sepam disini. Majlis anjuran Sek.Agama Kg. Permatang Sepam, Kg. Permatang Palas, dan Mukim Benut ini disambut dengan sangat meriah. Penceramah jemputan adalah Kadi daripada Pejabat Agama Daerah Pontian. Majlis yang bermula seawal pukul 7 pagi dimeriahkan dengan perarakan selawat ke atas Rasul, Nabi Muhammad S.A.W secara beramai-ramai mengelilingi kawasan sekolah.

Lagi Gambar>>