HIDUP SIHAT BEBAS SAKIT

Sabtu, 22 September yang lepas telah diadakan satu aktiviti anjuran KOSPEN Kg. Permatang Sepam iaitu "Hidup Sihat Bebas Sakit". Aktiviti yang bermula seawal jam 7 pagi itu telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada penduduk kampung. Antara aktiviti yang dijalankan pada hari tersebut antaranya adalah, senaman aerobik, pertandingan larian, dan pemeriksaan kesihatan. Pihak dari Klinik Kesihatan Parit Ismail juga dijemput untuk membantu dan memberi tunjuk ajar dalam aktiviti pemeriksaan kesihatan. Majlis berakhir pada jam 11 pagi.

 Lagi Gambar>>

MERIAH MOHNGETEH MALAYSIA 2017

Khamis,11 September telah berlangsungnya majlis sambutan sempena Hari Malaysia iaitu MohNgeteh Malaysia di Kampung Permatang Sepam dan kampung-kampung sekitar. Majlis yang diadakan pada setiap tahun ini disambut dengan penuh semangat dan meriah.

Lagi Gambar>>

 

 

MAJLIS PERPISAHAN GURU TABIKA KEMAS KG.PERMATANG SEPAM PUAN HJH.ARPAH BTE MOKRAJI

Ahad, 9 Julai yang lepas telah diadakan satu majlis bagi meraikan guru bersara iaitu Puan Hjh,Arpah Bte Mokraji yang telah berkhidmat sebagai seorang guru Tabika KEMAS selama 38 tahun.Beliau yang merupakan anak jati kampung ini sangat disenangi penduduk Kg.Permatang Sepam sepanjang Beliau berkhidmat disini. Segala jasa & bakti yang beliau curahkan tidak akan pernah dilupakan.

Lagi Gambar>>

MAJLIS PENYERAHAN VAN JENAZAH

Majlis ini diadakan sempena penyerahan van jenazah untuk kegunaan penduduk Kampung permatang Sepam,Benut ini.Penyerahan Van Jenazah secara rasminya dilakukan oleh En Masudin Bin Hj Supian kepada ketua kampung iaitu Tuan Haji Buang Bin Saadon di Surau Tengah Kampung permatang Sepam,Benut.Setinggi ucapan terima kasih kepada En Masudin sekeluarga dia atas pemberian van ini dan diberi keberkatan, InsyAllah. Turut terlibat adalah Ahli Jemaah surau tengah Kampung Permatang Sepam,Benut.

Lagi Gambar>>

CERAMAH & PEMERIKSAAN SARINGAN TIBI DI KG.PERMATANG PALAS

Jumaat, 14 Julai yang lepas JKKK Kampung Permatang Palas,Benut bersama Klinik Kesihatan Parit Ismail telah mengadakan satu program iaitu Pemeriksaan Saringan Tibi untuk penduduk warga kampung tersebut. Tujuan diadakan program itu adalah untuk memastikan tahap kesihatan penduduk kampung berada pada keadaan yang lebih baik.

Lagi Gambar>>