PROGRAM KESIHATAN BERSAMA YAYASAN BUAH PINGGANG
Rabu, 25 Januari Kampung Permatang Palas telah mengadakan satu program iaitu Program Kesihatan anjuran bersama Yayasan Buah Pinggang Malaysia. Program ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada komuniti tentang cara-cara pencegahan penyakit buah pinggang dan rawatan yang perlu jika terdapat tanda-tanda penyakit tersebut.
MAJLIS SAMBUTAN MAULIDURRASUL 1438H KG PERMATANG SEPAM
Sabtu,21 Januari telah berlangsungnya sebuah program iaitu Majlis Sambutan Maulidurrasul 1438H di Dewan Terbuka Kg. Permatang Sepam.Majlis anjuran gabungan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Badan Kebajikan Sekolah Agama, Sekolah Kebangsaan Seri Jaya Kampung permatang Sepam, Warga Penduduk Kampung Permatang Sepam & Kampung Permatang Palas. Penceramah yang dijemput adalah dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA) iaitu Ybg. Ustaz Wan Sohor Bani Bin Leman, Pensyarah Fakulti Bahasa Arab & Pusat Asasi. Dengan Tema Maulidurrasul pada tahun ini adalah Ukhwah Islamiyyah Asas Penyatuan Ummah majlis telah diserikan dengan persembahan pembukaan Nasyid & Selawat Nabi dari para pelajar sekolah. Antara yang dijemput adalah warga Kampung Permatang Sepam & Kampung Permatang Palas, majlis yang bermula pada jam 7.00 malam berakhir jam 11.00 malam dan diakhiri dengan jamuan makan.
Program Ramadhan 1436H Bagi Kg. Permatang Sepam
Ramadhan Al Mubarak tahun 2015 ini, Jawatankuasa Kemajuan & Keselamatan Kampung (JKKK) Kawasan 6, Kg.Permatang Sepam, Mukim Benut menganjurkan beberapa aktiviti bersama warga kampung bagi mengisi ruang waktu yang ada di samping mendapat ganjaran yang sebaik-baiknya di bulan puasa.
Antara program yang diadakan adalah seperti berikut :
1. Program membudayakan Al Quran di Surau Al Hidayah ( 19 Jun, 2015 Jumaat)
2. Program Ziarah Terawih di Surau An Nur (22 Jun, 2015 Isnin)
3. Program Ziarah terawih di Surau Al Jannah ( 25 Jun, 2015 Khamis)
4. Program Tadarus, Khatam Al Quran, Burbuka Puasa dan Terawih di Masjid Kg Permatang Sepam (30 Jun, 2015 Selasa)
5. Program Ziarah Terawih di Surau Al-Hidayah (5 Julai, 2015 Ahad)
Program Membudayakan Al-Quran
Program membudayakan Al-Quran yang diadakan setiap hari Jumaat di Surau Tengah Kg. Permatang Sepam
Pengerusi : Tn. Hj. Abd Samad bin Ebar
Pentafsir : Tn. Hj. Salleh Bin Shess
Surah : Al-An'am (Bil. Ayat 60- Ayat 68)