PROGRAM WORD KREATIF (PELAJAR SEKOLAH RENDAH/ANAK)

Sabtu,21 Januari Pusat Ekonomi Digital Kg Permatang Sepam telah mengadakan satu aktiviti iaitu Program Word Kreatif bagi pelajar Sekolah Rendah. Tujuan program ini dibuat adalah unutk  melatih para peserta akan kemahiran mencipta logo menggunakan peralatan yang terdapat dalam MS Office Word. Program ini dapat mencungkil bakat baru dikalangan para pelajar lebih kreatif mencipta logo.

Lagi Gambar>>

KELAS ASAS KOMPUTER PELAJAR TADIKA 1

Selasa, 14 Februari telah diadakan Kelas Asas Komputer Pelajar Tadika Kg Permatang Sepam kelas 1 bagi sesi 2017 ini. Seramai 9 orang pelajar dari kelas ini akan mengikuti kelas ini pada setiap minggu hari Selasa di Pusat Ekonomi Digital Kg Permatang Sepam. Tujuan kelas ini diadakan adalah supaya pendedahan mengenai wardah teknologi iaitu komputer ini dipelajari oleh pelajar seawal kanak-kanak lagi selaras dengan perkembangan dunia yang mementingkan ilmu dalam bidang teknologi.

Lagi Gambar>>

PROGRAM MEWARNA & TAKLIMAT KLIK DENGAN BIJAK PELAJAR SEKOLAH RENDAH

Jumaat, 10 Februari yang lepas Pusat Ekonomi Digital Kg Permatang Sepam telah mengadakan aktiviti iaitu Program Mewarna Dan Taklimat Klik Dengan Bijak kategori pelajar sekolah rendah. Seramai 20 orang pelajar telah mengikuti program ini dan majlis berakhir pada jam 12.00 tengahhari.

Lagi Gambar>>

KELAS ASAS KOMPUTER PELAJAR TADIKA 2

Khamis, 16 Februari telah diadakan Kelas Mingguan Pelajar Tadika Kelas 2 dan seramai 6 orang pelajar telah mengikuti kelas ini. Mereka yang terdiri daripada lingkungan umur 3 hingga 5 tahun ini telah mengikuti kelas asa komputer yang dianjurkan oleh Pusat Ekonomi Digital Kg Permatang Sepam. Ini adalah kelas pertama yang pelajar telah hadiri bagi sesi 2017 ini. Tujuan mengikuti kelas ini adalah supaya anak-anak diberi pendedahan menegenai asas pengenalan dunia teknologi selaras dengan perkembangan negara yang mementingkan ilmu berkenaan teknologi kini.

Lagi Gambar>>

PROGRAM SANTAI DASHBOARD KOMUNITI PELAJAR SEKOLAH RENDAH

Jumaat, 17 Februari Pusat Ekonomi Digital Kg Permatang Sepam telah mengadakan satu program iaitu Program Dashboard Komuniti bagi pelajar sekolah rendah. Seramai 20 orang pelajar telah menyertai aktiviti ini dan anatar aktiviti yang telah dilakukan adalah program teka silangkata dan buat perkataan. Majlis berakhir pada jam 12:00 tengahhari dan diakhiri dengan sessi penyampaian hadiah kepada para pemenang.

Lagi Gambar>>