BENGKEL CYBER COPYWRITING (FACEBOOK)

Copywriting adalah ayat iklan atau juga disebut sebagai ayat jualan. Kandungan atau bahan bertulis yang ada disampaikan melalui media di Internet atau media cetak. Ayat iklan ini digunakan terutamanya sebagai alat pemasaran, selain bertujuan untuk memujuk seseorang/kumpulan memulakan interaksi serta untuk meningkatkan kesedaran tentang jenama barangan atau perkhidmatan.

15 Jan,2017 (Khamis) Pusat Ekonomi Digital telah mengadakan satu program anjuran bersama Universiti Teknologi Malaysia serta Pentadbiran Mukim benut telah membuat sebuah program iaitu Bengkel Cyber Copywriting. Program yang telah bermula seawal jam 9 pagi ini telah disertai seramai 30 orang para usahawan kampung yang bergiat aktif dalam bidang keusahawanan. Tujuan program ini adalah unutk melatih dan memahirkan para usahawan dalam mempromosikan perniagaan mereka menggunakan media sosial seperti laman mukabuku (facebook). Peserta juga dapat mempelajari teknik-teknik terbaru iaitu "pick-up line" sebagai ayat jualan serta latihan ringkas untuk lebih memantapkan perniagaan mereka unutk masa akan datang. Di akhir program semua peserta diberikan sijil peghargaan dan peserta yang terbaik telah diberikan hadiah berupa hamper. Program tamat pada jam 4.00 petang dan sedikit jamuan disediakan kepada para peserta dan tetamu.

 

Lagi Gambar>>

 

PROGRAM WORD KREATIF (USAHAWAN/IBU)

Jumaat, 20 Januari Pusat Ekonomi Digital Kg Permatang Sepam telah mengadakan satu aktiviti iaitu Program Word Kreatif kategori kaum ibu yang terdiri daripada usahawanita kampung. Tujuan program ini dibuat adalah unutk  melatih para peserta akan kemahiran mencipta logo menggunakan peralatan yang terdapat dalam MS Office Word. Program ini dapat mencungkil bakat baru dikalangan kaum ibu / wanita dan usahawan yang kreatif mencipta logo.

 

Lagi Gambar>>

KELAS ASAS KOMPUTER PELAJAR TADIKA 1

Selasa, 14 Februari telah diadakan Kelas Asas Komputer Pelajar Tadika Kg Permatang Sepam kelas 1 bagi sesi 2017 ini. Seramai 9 orang pelajar dari kelas ini akan mengikuti kelas ini pada setiap minggu hari Selasa di Pusat Ekonomi Digital Kg Permatang Sepam. Tujuan kelas ini diadakan adalah supaya pendedahan mengenai wardah teknologi iaitu komputer ini dipelajari oleh pelajar seawal kanak-kanak lagi selaras dengan perkembangan dunia yang mementingkan ilmu dalam bidang teknologi.

Lagi Gambar>>

PROGRAM WORD KREATIF (PELAJAR SEKOLAH RENDAH/ANAK)

Sabtu,21 Januari Pusat Ekonomi Digital Kg Permatang Sepam telah mengadakan satu aktiviti iaitu Program Word Kreatif bagi pelajar Sekolah Rendah. Tujuan program ini dibuat adalah unutk  melatih para peserta akan kemahiran mencipta logo menggunakan peralatan yang terdapat dalam MS Office Word. Program ini dapat mencungkil bakat baru dikalangan para pelajar lebih kreatif mencipta logo.

Lagi Gambar>>

KELAS ASAS KOMPUTER PELAJAR TADIKA 2

Khamis, 16 Februari telah diadakan Kelas Mingguan Pelajar Tadika Kelas 2 dan seramai 6 orang pelajar telah mengikuti kelas ini. Mereka yang terdiri daripada lingkungan umur 3 hingga 5 tahun ini telah mengikuti kelas asa komputer yang dianjurkan oleh Pusat Ekonomi Digital Kg Permatang Sepam. Ini adalah kelas pertama yang pelajar telah hadiri bagi sesi 2017 ini. Tujuan mengikuti kelas ini adalah supaya anak-anak diberi pendedahan menegenai asas pengenalan dunia teknologi selaras dengan perkembangan negara yang mementingkan ilmu berkenaan teknologi kini.

Lagi Gambar>>