KELAS ASAS INTERNET PELAJAR TABIKA(KELAS A)

Khamis, 2 November pelajar daripada Tabika Kemas Kg.Permatang Sepam telah hadir ke Pusat Ekonomi Digital Kg. Permatang Sepam sempena kelas komputer mingguan. Pada hari tersebut pelajar telah mengikuti Kelas Asas Internet seperti pencarian gambar di layar www.google.com melalui carian google image. Kelas yang terdiri daripada 6 orang pelajar itu berjalan dengan lancar dan jayanya.

Lagi Gambar>>

 

HARI DASHBOARD KOMUNITI

Sabtu, 18 November Pusat Ekonomi Digital Kampung Permatang Sepam, Benut telah mengadakan Hari Dashboard Komuniti. Pelbagai aktiviti telah diadakan antaranya Kuiz Kahoot Online, Pemeriksaan Kesihatan (MY-HEALTTH), pembuangan E-SISA, pertandingan mewarna E-SISA, gubahan daripada barangan terbuang(Kreatif dan Kitar Semula) dan banyak lagi. Pelbagai hadiah menarik telah dimenangi oleh setiap pemenang. Majlis berakhir pada jam 2.00 petang dan sedikit jamuan makan tengahari disediakan kepada para pengunjung dan peserta.

Lagi gambar>>

 

KELAS WORD KREATIF

Sabtu, 2 Disember yang lepas seramai 6 orang pelajar telah menyertai Kelas Word Kreatif yang diadakan di Pusat Ekonomi Digital Kg. Permatang Sepam, Benut. Didalam kelas ini pelajar telah diajar bagaimana untutk mencipta logo menggunakan Microsoft Office Word.

KELAS ASAS MICROSOFT OFFICE

Khamis, 30 November yang lepas telah diadakan Kelas Asas Microsoft Office iaitu Microsoft Power Point. Seramai 10 orang pelajar telah menyertai kelas yang dianjurkan oleh Pusat Ekonomi Digital Kg. Permatang Sepam.

  

KELAS PEMBELAJARAN PELAJAR 4-6 TAHUN

Selasa, 5 Disember yang lepas seramai 10 orang pelajar yang terdiri daripada anak-anak berusia 4 hingga 6 tahun telah mengikuti kelas pembelajaran di Pusat Ekonomi Digital Kg. Permatang Sepam. Mereka ini telah mengikuti kelas pembelajaran subjek Matematik dan Bahasa Inggeris.