KELAS SUNTING VIDEO & GAMBAR MENGGUNAKAN APLIKASI TELEFFON BIMBIT

Jumaat 19 Mei, telah diadakan kelas suntingan video & gambar oleh salah seorang Sukarelawan ICT Malaysia (MIV) iaitu saudari Hasmawati Bte Hamzah di Pusat Ekonomi Digital Permatang Sepam. Kelas suntingan ini menggunakan aplikasi " Filmora Go - Free Video Editing" yang memberikan implikasi kepada komuniti untuk menyunting video & gambar sesuatu produk. Seramai 6 orang dari komuniti setempat telah menyertai kelas ini,dan berakhir pada jam 12.30 tengahhari.

Lagi Gambar>>

KELAS INTEL LEARN EASY STEP (PELAJAR SEKOLAH RENDAH) KG PERMATANG DUKU

Mei, 5 hingga 6 para pelajar dari Kampung Permatang Duku, Benut mengikuti Kelas Latihan Intel Easy Step yang dianjurkan oleh Pusat Ekonomi Digital Kampung Permatang Sepam.Tujuan kelas ini diadakan adalah supaya setiap peserta memahami asas komputer, memahami dan menggunakan aplikasi komputer tertentu seperti grafik, pemprosesan kata, hamparan elektronik dan aplikasi multimedia.

Lagi Gambar>>

 

 

KRUSUS ASAS ICT (MEDIA SOSIAL)

Rabu, 4 Oktober yang lepas telah diadakan satu program iaitu Krusus Asas ICT (Media Sosial) di Pusat Ekonomi Digital Taman Nilam, Pontian. Program anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) ini telah disertai oleh beberapa peserta daripada Pejabat Agama Daerah Pontian.Seramai 10 orang peserta telah menyertai program ini dengan jayanya selama 2 hari berturut. Pelbagai slot menarik telah disediakan dan dipelajari oleh peserta antaranya mengenai Facebook, Instagram, dan Youtube.

Lagi Gambar>>

PROGRAM LITERASI ICT DASHBOARD KOMUNITI

Sabtu, 22 Julai yang lepas Pusat Ekonomi Digital telah mengadakan Program Literasi ICT Dashboard Komuniti bersama komuniti Kampung Permatang Sepam,Benut. Program yang dijalankan sepanjang hari berkenaan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dari komuniti setempat itu. Antara aktiviti yang dijalankan adalah Bengkel Fotografi dangan Smartfone, Jom Selamatkan Bumi Kita, Usahawan di Hujung Jari, Cyber Medic, Jom Semak Label Anda, Dashboard di Hati Komuniti dan Kuiz Online. Program yang berakhir pada jam 5.00 petang diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada pemenang.

 

Lagi Gambar>>

KRUSUS ASAS ICT(MEDIA SOSIAL) 2

Selasa, 10 Oktober yang lepas telah diadakan satu program iaitu Krusus Asas ICT (Media Sosial) di Pusat Ekonomi Digital Taman Nilam, Pontian. Program anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) ini telah disertai oleh beberapa peserta daripada Pejabat Agama Daerah Pontian.ini adalah minggu kedua bagi program tersebut dijalankan. Kali ini seramai 10 orang peserta juga telah menyertai program ini dengan jayanya selama 2 hari berturut. Pelbagai slot menarik telah disediakan dan dipelajari oleh peserta antaranya mengenai Facebook, Instagram, dan Youtube. Program berakhir pada jam 5.00 petang dan jamuan kecil serta sesi soal jawab juga diadakan bagi mengakhiri krusus tersebut.

Lagi Gambar>>