PROGRAM MEWARNA & TAKLIMAT KLIK DENGAN BIJAK PELAJAR SEKOLAH RENDAH

Jumaat, 10 Februari yang lepas Pusat Ekonomi Digital Kg Permatang Sepam telah mengadakan aktiviti iaitu Program Mewarna Dan Taklimat Klik Dengan Bijak kategori pelajar sekolah rendah. Seramai 20 orang pelajar telah mengikuti program ini dan majlis berakhir pada jam 12.00 tengahhari.

Lagi Gambar>>

PROGRAM SANTAI DASHBOARD KOMUNITI PELAJAR SEKOLAH RENDAH

Jumaat, 17 Februari Pusat Ekonomi Digital Kg Permatang Sepam telah mengadakan satu program iaitu Program Dashboard Komuniti bagi pelajar sekolah rendah. Seramai 20 orang pelajar telah menyertai aktiviti ini dan anatar aktiviti yang telah dilakukan adalah program teka silangkata dan buat perkataan. Majlis berakhir pada jam 12:00 tengahhari dan diakhiri dengan sessi penyampaian hadiah kepada para pemenang.

Lagi Gambar>>

PENGENALAN ASAS KOMPUTER

Selasa, 21 Mac seramai 5 orang pelajar telah mengikuti Kelas Pengenalan Asa Komputer yang dianjurkan oleh Pusat Ekonomi Digital Kg. Permatang Sepam. Tujuan kelas itu diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada para pelajar tentang penggunaan alat dan fungsi-fungsi perkakasan komputer seperti,monitor, papan kekunci,tetikus, dan sebagainya.

Lagi Gambar>>

KELAS INTEL EASY STEP (WANITA) KG.PERMATANG DUKU, BENUT

Mac, 22 hingga 23 seramai 10 orang surirumah dari Kampung Permatang Duku, Benut mengikuti Kelas Latihan Intel Easy Step yang dianjurkan oleh Pusat Ekonomi Digital Kampung Permatang Sepam. Mereka ini terdiri daripada ahli-ahli Kelab Wanita Segep Permatang Duku bagi memenuhi aktiviti kelab mereka untuk tahun 2017 ini. Tujuan kelas ini diadakan adalah supaya setiap peserta memahami asas komputer, memahami dan menggunakan aplikasi komputer tertentu seperti grafik, pemprosesan kata, hamparan elektronik dan aplikasi multimedia.

Lagi Gambar>>

KELAS MINGGUAN ASAS KOMPUTER

Rabu,  12 Mac telah diadakan Kelas Mingguan Pelajar Tadika Kelas 2 dan seramai 6 orang pelajar telah mengikuti kelas ini. Mereka yang terdiri daripada lingkungan umur 3 hingga 5 tahun ini telah mengikuti kelas asas komputer yang dianjurkan oleh Pusat Ekonomi Digital Kg Permatang Sepam.  Tujuan mengikuti kelas ini adalah supaya anak-anak diberi pendedahan mengenai asas pengenalan dunia teknologi selaras dengan perkembangan negara yang mementingkan ilmu berkenaan teknologi kini.