KELAS INTEL EASY STEP (WANITA) KG.PERMATANG DUKU, BENUT

Mac, 22 hingga 23 seramai 10 orang surirumah dari Kampung Permatang Duku, Benut mengikuti Kelas Latihan Intel Easy Step yang dianjurkan oleh Pusat Ekonomi Digital Kampung Permatang Sepam. Mereka ini terdiri daripada ahli-ahli Kelab Wanita Segep Permatang Duku bagi memenuhi aktiviti kelab mereka untuk tahun 2017 ini. Tujuan kelas ini diadakan adalah supaya setiap peserta memahami asas komputer, memahami dan menggunakan aplikasi komputer tertentu seperti grafik, pemprosesan kata, hamparan elektronik dan aplikasi multimedia.

Lagi Gambar>>

PENGENALAN ASAS KOMPUTER

Selasa, 21 Mac seramai 5 orang pelajar telah mengikuti Kelas Pengenalan Asa Komputer yang dianjurkan oleh Pusat Ekonomi Digital Kg. Permatang Sepam. Tujuan kelas itu diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada para pelajar tentang penggunaan alat dan fungsi-fungsi perkakasan komputer seperti,monitor, papan kekunci,tetikus, dan sebagainya.

Lagi Gambar>>

REFRESHMENT BENGKEL CYBER COPYWRITING

Ahad,7 Mei yang lalu Pusat Ekonomi Digital Kg. Permatang Sepam telah mengadakan sebuah program iaitu Refreshment Bengkel Cyber Copywriting anjuran bersama Universiti Teknologi Mara. Program dijayakan oleh Profesor Dr. Zulkifli Khair pensyarah dari universiti tersebut merancakkan perbincangan yang telah diadakan selama lebih kurang setengah hari itu. Banyak ilmu dan panduan yang diperincikan oleh beliau kepada peserta supaya dapat lebih mempertingkatkan hasil jualan sesuatu produk melalui "Facebook Page". Majlis bersurai lebih kurang pada jam 2.00 petang.

 

Lagi Gambar>>

KELAS MINGGUAN ASAS KOMPUTER

Rabu,  12 Mac telah diadakan Kelas Mingguan Pelajar Tadika Kelas 2 dan seramai 6 orang pelajar telah mengikuti kelas ini. Mereka yang terdiri daripada lingkungan umur 3 hingga 5 tahun ini telah mengikuti kelas asas komputer yang dianjurkan oleh Pusat Ekonomi Digital Kg Permatang Sepam.  Tujuan mengikuti kelas ini adalah supaya anak-anak diberi pendedahan mengenai asas pengenalan dunia teknologi selaras dengan perkembangan negara yang mementingkan ilmu berkenaan teknologi kini.

 

 

 

AKTIVITI MY HEALTH DI PUSAT INTERNET  KG PERMATANG SEPAM

Rabu 17 Mei, Pusat Ekonomi Digital Kg Permatang Sepam telah mengadakan aktiviti Dashboard Komuniti iaitu My Health. Tujuan aktiviti ini diadakan untuk menghebahkan kepada komuniti setempat bahawa pentingnya menjaga kesihatan.Justeru bagi komuniti yang berada jauh dari Klinik Kesihatan boleh datang ke sini unutuk menguji paras kesihatan mereka boleh boleh mendapatkan perkhidmatan seperti membuat Ujian Tekanan Darah disini. Perkhidmatan ini juga diberikan secara PERCUMA kepada seluruh komuniti setempat di mana- mana sahaja Pusat Ekonomi Digital.

Lagi Gambar>>